Close

Google menafikan yang Google Pixel 5a dibatalkan

Sumber : OnLeaks x.

Selepas desas-desus mengenai Google Pixel 5a dibatalkan, Google akhirnya membuka mulut untuk menafikan tentang perkara tersebut.

Google melalu jurucakapnya menyatakan yang Google Pixel 5a tidak dibatalkan malah menyatakan yang Google Pixel 5a 5G akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Dan bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Jepun.

Khabar angin yang dimulakan sejak semalam menyatakan yang Pixel 5a telah dibatalkan kerana kekurangan cip. Khabar angin tersebut kemudiannya di sokong oleh Android Central berdasarkan dua sumber tersebut.

Sumber : OnLeaks x.

Pada awal Februari yang lalu terdapat imej Google Pixel 5a yang tertiris yang menunjukkan reka bentuk yang hanpir sama dengan Pixel 4a 5G. Dan dijangka Pixel 5a akan mengekalkan kamera utama yang sama dan mungkin akan menggunakan cip dari Qualcomm. 

(Sumber.)

ARTIKEL BERKAITAN