Close

Honda Civic 2022 Generasi ke-11 hadir dengan rekaan baharu dan enjin 1.5L VTEC Turbo lebih berkuasa

Setelah lama menjadi tanda tanya, akhirnya Honda telah melancarkan Honda Civic terbaru generasi ke-11 bagi menggantikan model sebelum ini (Civic FC). Pelbagai pembaharuan yang Honda lakukan pada model terbaru ini.

Paling ketara adalah rekaan yang sangat berbeza dari model sebelumnya. Jika dilihat dengan teliti, tiada lagi DNA Honda untuk Civic terbaru dan mengenakan rekaan seperti kereta conti BMW, Audi dan sebagainya.

Bahagian depan mempunyai lampu yang lebih sepet dengan nyalaan lampu DRL pada bahagian atas dan bahagian belakang tiada lagi sepit ketam, kerana rekaan lampu yang telah diperbaharui dan lebih kemas.

Jika lihat pada bahagian tepi, ia sememangnya nampak lebih garang, ditambah pula dengan rim yang berwarna hitam bersaiz 18-inci. 

Perubahan paling ketara yang Honda lakukan juga adalah bahagian dalam yang menampakkan kereta ini lebih ekslusif dengan rekaan yang lebih segar dan menggunakan sistem pembesar suara premium dari Bose. Terdapat juga skrin sesentuh dengan sokongan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi enjin, Honda Civic 2022 menggunakan enjin 4-silinder 1.5L VTEC Turbo yang lebih berkuasa (180 hp 240 Nm) atau 2.0 NA (160 hp 186 Nm) dengan 3 mod pemanduan, paddle shifter dan kotak gear CVT automatik.

Honda Civic 2022 juga dilengkapi dengan ciri Honda Sensing (rujuk gambar) untuk keselamatan dan pemanduan yang lebih baik. 

ARTIKEL BERKAITAN