Close

iOS 14.5 membolehkan anda nyahkunci iPhone walaupun guna pelitup muka, tapi…

Apple baru-baru ini telah melepaskan kemaskini iOS 14.5 buat semua pengguna iPhone yang masih menyokong iOS terbaru iaitu dari iPhone SE (2016), iPhone 6S sehingga iPhone 12 Pro Max.

Dalam kemaskini terbaru, Apple telah memberi sokongan terhadap penggunaan AirTag, fungsi Siri dipertingkat, emoji terbaru dan pelbagai lagi. Yang paling menarik adalah fungsi di mana anda boleh nyahkunci iPhone anda walau menggunakan pelitup muka.

Sebelum ini untuk iPhone X dan ke atas yang mempunyai Face ID, pengguna perlu membuka pelitup muka atau memasukkan nombor kod untuk nyahkunci, tapi untuk iOS 14.5 anda boleh guna Apple Watch untuk nyahkunci iPhone anda sebagai alternatif tidak perlu lagi membuka pelitup muka.

Bermakna, hanya pengguna iPhone (Face ID) yang ada Apple Watch Series 3 ke atas sahaja yang akan menikmati ciri baru ini. Video 7 fungsi menarik iOS 14.5 :

ARTIKEL BERKAITAN