Pada acara khas Apple hari ini, Apple telah melancarkan beberapa produk baharu mereka. Salah satunya adalah iPad Pro yang masih mengekalkan dua pilihan saiz iaitu 11-inci dan 12.9-inci, namun dengan cip pemproses M1 yang sama digunakan pada MacBook Pro 2020.
Disamping itu, terdapat juga rangkaian 5G tersedia, menyokong sambungan Thunderbolt USB-C sehingga 40Gbps dan anda juga boleh membuat tetapan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 2TB.
iPad Pro 11-inci dijual dengan harga bermula RM3,499 untuk 128GB (WiFi) dan mencecah RM9,099 untuk 2TB (WiFi + Cellular). Manakala untuk 12.9-inci dijual dengan harga bermula RM4,799 untuk 128GB (WiFi) dan mencecah RM10,399 untuk 2TB (WiFi + Cellular).