Close

iPhone 11 Pro dengan logo Apple yang senget dijual pada harga RM11,167

Tidak semua benda yang disalah cetak tidak mempunyai nilai, kerana sebuah iPhone 11 Pro dengan logo Apple yang salah dicetak telah terjual pada harga $2,700 (RM11,167).

Imej yang dikongsi oleh Twitter @ArchiveInternal memperlihatkan iPhone 11 Pro dengan logo Apple senget di bahagian belakang yang sepatutnya dicetak dibahagian tengah panel belakang.

Menurut @ArchiveInternal kesilapan sebegitu adalah sangat jarang berlaku dengan kemungkinan 1 dari 100 juta unit yang dihasilkan. Ia turut menambah yang iPhone 11 Pro itu telah pun melalui proses jaminan kualiti yang ketat dan akhirnya sampai ke tangan pelanggan.

Walaubagaimanapun, sumber yang diperolehi sedikit meragukan dan tiada jaminan yang iPhone 11 Pro dengan logo senget benar-benar wujud dan dijual pada harga sedemikian rupa. Namun untuk perkara ini berlaku tidaklah mustahil kerana kita pernah melihat perkara sebegini terjadi kepada barangan lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN