Close

iPhone 13 dengan warna merah tertiris

Walaupun hari pelancaran bagi siri baru iPhone 13 masih berbaki 5 atau 6 bulan lagi, namun khabar angin mengenai iPhone 13 tetap bertiup kencang dengan beberapa maklumat baru mengenainya.

Satu rendering CAD yang dikongsi oleh @ xleaks7 mengatakan ia adalah imej iPhone 13 dalam warna merah yang lebih dikenali sebagai Product Red.

Secara keseluruhan, reka bentuk  yang digunakan adalah sama seperti pada iPhone 12  dengan menggunakan binaan sisi jenis rata tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil. Dengan dimensi 146.64×71.5×7.56mm yang langsung tidak menyerupai dimensi iPhone 12.

Tetapi perubahan terbesar yang boleh dilihat adalah di bahagian belakang, dimana kedudukan kamera dilihat sedikit berbeza, masih mengekalkan rekaan kamera jenis persegi yang sama . Tetapi kedudukan kamera belakang tidak lagi menggunakan susunan jenis menegak sebalik menggunakan kedudukan jenis diagonal.

Menurut info baru yang tertiris, siri iPhone 13 dijangka hadir dengan skrin LTPO dan tiada perubahan dari segi saiz skrin. iPhone 13 dan 13 Pro bakal hadir dengan saiz 6.1 inci, 5.4 inci untuk mini dan 6.7 inci untuk Pro Max. 

Apple dijangka akan menggumumkan siri iPhone 13 pada Oktober ini dengan harga bermula dari $700 (RM2,888).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN