Close

iPhone 14 bakal menyokong kamera sehingga 48MP dan rakaman video 8K


 Penganalisis Apple
terkenal iaitu Ming-Chu Kuo, telah mengeluarkan laporan menyeluruh mengenai apa yang bakal Apple lakukan untuk beberapa tahun akan datang.

Bermula dengan siri iPhone 14 tahun hadapan, menurut Kuo Apple tidak lagi menghasilkan iPhone versi mini sebaliknya akan menawarkan dua model iPhone 6.1 inci dan dua iPhone 6.7 inci. Walaubagaimanapun iPhone 13 mini tetap akan dihasilkan pada tahun 2021, namun dengan jumlah sedikit.

Siri iPhone 2022 akan membawakan dua versi iPhone dengan skrin 6.1 inci dan 6.7 inci dan dua versi iPhone Pro dengan skrin 6.1 inci dan 6.7 inci yang sama.

Siri iPhone Pro 2022 ia dijangka akan membawakan kamera utama sehingga 48MP. Dan untuk iPhone 13 ia masih menggunakan kamera utama 12MP tetapi dengan sensor yang lebih baik pada dengan piksel 2.0μm. Pada ketika ini kamera utama iPhone 12 masih menggunakan sensor 12MP. 

Untuk rakaman video, siri iPhone 14 dijangka akan menyokong rakaman sehingga 8K. Selain itu kamera zum periskop akan digunakan pada model iPhone Pro menjelang tahun 2023 dan tiada lagi Face ID.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN