Close

iPhone SE 2023 dilaporkan tidak lagi menggunakan skrin jenis takuk

Menurut Ming-Chi Kuo model iPhone SE yang seterusnya dijangka akan dilancarkan pada 2023. Walaupun hari pelancaran masih lagi jauh namun ura-ura mengenai iPhone SE tetap bertiup kencang. 

 Menurut Ross Young iPhone SE 2023 masih mengekalkan skrin bersaiz 4.7 inci, sokongan 5G Sub-6 Ghz atau 6.1 Ghz dan yang paling menarik adalah menggunakan skrin jenis berlubang tidak lagi menggunakan skrin jenis takuk.

Young menambah lagi, iPhone SE 2023 bakal membawakan perubahan yang lebih drastik dari segi reka bentuk dan membawakan sesuatu yang lebih terkini.

Apple turut dikatakan sedang membangunkan iPhone dengan skrin bersaiz 6.1 inci yang menampilkan rekaan skrin berlubang dan bukannya skrin jenis takuk. Apple turut merancang untuk membawakan skrin berlubang pada model utama iPhone pada tahun 2022.

Dengan penggunaan skrin jenis berlubang  ia dapat memaksimumkan kawasan skrin yang mana ia telah banyak digunakan oleh kebanyakkan peranti Android. Jadi ia bukan perkara yang mustahil untuk Apple pula menggunakannya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN