Close

Lebih 1.5 billion pengguna iOS dan macOS terdedah kepada risiko privasi disebabkan fungsi ‘AirDrop’

Kumpulan penyelidikan Tecnichal University of Darmstadt (TUD) telah melaporkan bahawa mereka menemui risiko privasi terhadap fungsi AirDrop pada peranti Apple dari penggodam yang mencuri maklumat peribadi seperti nombor telefon dan email pengguna.

Apa yang mereka perlukan hanyalah peranti yang berkebolehan untuk menyambungkan WiFi dan jarak fizikal untuk menyasarkan dan menyerang pengguna yang gunakan AirDrop di peranti iOS atau macOS. 

Kumpulan itu juga turut menambah bahawa lebih 1.5 billion pengguna peranti Apple yang menyokong AirDrop terdedah kepada risiko privasi dan maklumat peribadi dicuri. 

Isu privasi ini juga telah dimaklumkan pada pihak Apple pada Mei 2019, namun tiada tindakan lanjut diambil. Menurut mereka lagi, sama ada Apple menidakkan masalah ini atau mungkin mereka sedang berusaha untuk mencari jalan untuk memperbaikinya.

(Sumber 1, 2)

ARTIKEL BERKAITAN