Close

Lenovo Legion 2 Pro bakal hadir dengan kipas fizikal terbina

 

Acara pelancaran bagi Lenovo Legion 2 Pro telah pun diumumkan iaitu pada 8 April ini. Lenovo sebelum ini telah pun memberikan beberapa info awal mengenai spesifikasi dan juga fungsi yang akan dibawakan oleh Legion 2 Pro.

Antara spesifikasi yang telah disahkan oleh Lenovo untuk Legion 2 Pro ialah Snapdragon 888, skrin bersaiz 6.92 inci FHD + AMOLED, paparan 144Hz, bateri 5500mAh, pengecasan pantas 90W, sistem penyejukan turbo berganda dan kamera swafoto jenis pop up seperti pada siri Legion pertama. 

Walaupun Lenovo belum lagi mendedahkan reka bentuk Legion 2 Pro tetapi sudah ada beberapa imej yang tertiris. Melalui imej yang tertiris di Weibo, memperlihatkan rekaan hadapan dan juga panel belakang yang berlainan dari siri Legion pertama.

Melalui imej yang tertiris memperlihatkan panel belakang Legion 2 Pro dilengkapi dengan kipas fizikal secara terbina berserta kamera belakang yang berada di tengahnya.


Reka bentuk panel belakang Legion 2 Pro adalah sangat menarik kerana sisinya yang berwarna putih sementara bahagian tengah berwarna hitam. Dengan panel sisi belakang Legion 2 Pro yang rata dan kosong tanpa sebarang gangguan bakal memberikan keselesaan dan pengalaman bermain yang lebih baik.

Kita bakal melihat rupa sebenar Legion 2 Pro tidak lama lagi iaitu pada 8 April ini, sama-sama kita nantikan apa yang bakal Lenovo bawakan pada Legion 2 Pro kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN