Close

Lenovo Legion Duel 2 hadir dengan Snapdragon 888, dua kipas fizikal dan 8 butang trigger

 

Lenovo Legion Duel 2 akhirnya dilancarkan secara rasmi. Legion Duel 2 merupakan sambungan dari model sebelum ini iaitu Legion Duel. Model Legion Duel 2 kali ini hadir dengan rekaan yang lebih futuristik bersama fungsi permainan yang ditambahbaik.

Legion Duel 2 hadir dengan skrin 6.92 inci FHD+ AMOLED paparan 144Hz dan menyokong kandungan HDR10+. Sebagai tambahan, skrin Legion Duel 2 turut menyokong kecerahan sehingga 1,300 unit.

Bagi spesifikasi dalaman, Legion Duel 2 dikuasakan dengan cip Snapdragon 888, digabungkan dengan pilihan RAM 8GB,12GB atau 16GB dan untuk storan pula ia hadir dengan 128GB, 256GB dan 512GB. 

Untuk bateri ia hadir dengan kapasiti 5,500mAh dengan teknologi dwi bateri dengan 2750mAh setiap satu. Dari segi pengecasan pantas, Legion Duel 2 menyokong dwi-pengecasan pantas 90W. Jika mengecas dengan satu port sahaja ia hanya menyokong pengecasan pantas 65W sahaja.

Dari segi kamera, Legion Duel 2 hadir dengan tetapan dual kamera belakang dengan kamera utama adalah 64MP dan 16MP kamera ultra lebar, yang terletak dibahagian tengah. Untuk kamera swafoto ia hadir dengan 44MP jenis pop up ditengah bersama butang kuasa.

Yang menarik mengenai Legion Duel 2 ini adalah ia hadir dengan dua trigger ultrasonik pada bahagian sisi, dua force touchpoints pada paparan dan dua capacitive keys di bahagian belakang peranti. 

Tidak cukup dengan itu, ia juga hadir dengan dua kipas fizikal terbina untuk sistem penyejukan yang lebih baik dengan 30% peningkatan dari model sebelumnya. Bagi menjadikan peranti ini lebih gaming terma sokongan RGB turut diletakkan pada logo Legion dan kipas fizikal.

Legion Duel 2 hadir dengan 5 varian bermula dari 8GB/128GB $565 (RM2,337) , 12GB/128GB $626 ( RM2,589) , 12GB/256GB $672 (RM2,780) , 16GB/256GB $809 ( RM3,346) dan 16GB/512GB $916 (~RM3,789). Dengan dua warna pilihan iaitu Ultimate Black dan Titanium White. Buat masa ini ia hanya dijual di pasaran China bermula akhir bulan ini dan Eropah bermula pada bulan Mei.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN