Close

Lenovo Legion Duel Phone 2 gagal dalam ujian ketahanan dan patah dua bagaikan KitKat

Baru-baru ini Lenovo telah melancarkan peranti terbaru mereka yang berasaskan permainan mudah alih iaitu Lenovo Legion Duel Phone 2 yang dijana dengan Snapdragon 888, skrin AMOLED 144Hz, bateri 5500mAh dan 2 kipas penyejukan terbina.

Menariknya, bateri pada peranti ini dibahagikan kepada 2 bahagian dan kamera utama juga kamera swafoto diletakkan pada bahagian tengah. Sangat berbeza dari kebanyakan peranti yang ada di pasaran sekarang.

Dalam masa yang sama, seorang YouTuber terkenal yang banyak menguji ketahanan peranti iaitu JerryRigEverything telah menguji ketahanan Legion Duel Phone 2 dan didapati ia mudah patah kepada 2 bahagian.

Walaupun peranti ini menggunakan kerangka jenis aluminium, bahagian yang patah dilihat pada bahagian antena yang dilihat tidak kukuh dan menggunakan material jenis plastik. Ini jelas membuktikan bahawa peranti ini tidak begitu kukuh walaupun ia dilihat unik.

ARTIKEL BERKAITAN