Close

MediaTek bakal jadi yang pertama hasilkan cip 4nm

 

Menurut dari dua sumber yang berasingan, MediaTek diakatakan bakal menjadi pembuat cip pertama yang akan menghasilkan cip dengan teknologi 4nm.

Pengeluaran cip dengan teknologi 4nm dari MediaTek dijangka akan bermula pada akhir tahun ini iaitu suku keempat 2021 atau selewatnya pada awal tahun 2022.


Walaupun ia masih belum dihasilkan, MediaTek sudah pun mendapat pesanan dari beberapa pengeluar seperti Oppo, Xiaomi, Samsung dan Vivo yang akan menggunakan cip 4nm kelas premium dari MediaTek. TSMC juga bersedia untuk mendapatkan cip 4nm dengan kuantiti yang besar.

Cip baru dari MediaTek dijangka bakal menjadi pencabar kepada siri Snapdragon 800, cip 4nm dari MediaTek akan membawakan prestasi yang lebih baik dan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN