Close

(Rasmi) LG Elektronik menamatkan perniagaan komunikasi mudah alih mereka

Dalam dua minggu terakhir ini, terlalu banyak laporan mengenai LG Elektronik bakal menarik diri dari arena komunikasi mudah alih dan perkara itu memang terjadi.

Hari ini, LG mengesahkan yang mereka sudah menutup bahagian mudah alih dan turut menyatakan bahawa mereka tidak lagi akan menghasilkan dan menjual telefon pintar. 

Keputusan itu turut diluluskan oleh lembaga pengarah syarikat dengan alasan persaingan yang sengit sejak suku kedua tahun 2015 yang memberikan kerugian pada bahagian komunikasi mudah alih. Pada 2020 sahaja LG telah mencatatkan kerugian sebanyak $751 juta.


Sebelum ini LG merancang untuk menjual LG Elektronik kepada Google, Facebook, Volkwagen, dan Bin Group Vietnam namun proses penjualan menemui kegagalan dan LG terpaksa menarik dari.

LG merupakan pengeluar pertama yang memperkenalkan kamera ultra lebar pada LG G5 dan juga salah satu pengeluar yang memenuhi peminat audio dengan ciri Quad DAC dan pembesar stereo yang kuat. LG juga pernah bekerjasama dengan Google dalam penghasilan Nexus 4, Nexus 5 , Nexus 5X dan juga Google Pixel 2XL.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN