Close

realme 8 Pro hadir dengan Snapdragon 720G, kamera 108MP dan pengecasan pantas 50W dengan harga RM1,299

 


realme Malaysia
telah mengumumkan peranti baru mereka iaitu realme 8 Pro yang menggantikan siri sebelum ini iaitu realme 7. realme 8 Pro hadir dengan sejumlah penawaran baru dan spesifikasi yang terkini.

Dari segi spesifikasi, realme 8 Pro ia hadir dengan skrin bersaiz 6.4 inci Super AMOLED FHD+ dengan paparan tradisional 60Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 720G yang digabungkan dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB UFS 2.1. realme 8 Pro dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas SuperDart 50W.


Untuk fotografi, realme 8 Pro membawakan tetapan kuad-kamera dengan kamera utama 108MP yang menggunakan sensor dari Samsung iaitu ISOCELL HM2 bersama dengan tiga lagi kamera iaitu 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP monokrom. Untuk kamera swafoto ia hadir dengan 16MP.


Harga jualan bagi realme 8 Pro adalah RM1,299 untuk 8GB/128GB, dan boleh mula dibeli pada 1 Mei dikedai atau pengedar sah realme di seluruh Malaysia. realme 8 Pro ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Infinite Blue dan Infinite Black. Setiap pembelian didatangkan bersama hadiah percuma dan jaminan selama 2 tahun.

Untuk yang membeli secara pra tempahan, ia melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan hadiah sehingga RM195,000. Pra tempahan bermula dari 22 April sehingga 30 April.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN