Close

Redmi bakal perkenalkan peranti berasaskan permua yang menyokong pengecasan 67W bersama cip MediaTek Dimensity 1200

 

Seperti yang kita tahu Redmi kini telah memasuki segmen peranti gaming . Yang mana peranti tersebut akan dilancarkan seawal bulan ini. 

Menurut sumber dari China, siri pertama peranti Gaming dari Redmi akan menggunakan skrin Samsung E4 AMOLED dengan paparan sehingga 144Hz.Yang turut dikuasakan dengan cip Dimensity 1200.

Selain itu, peranti gaming dari Redmi ini bakal hadir dengan kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 67W seperti mana pada Mi 11 Ultra. Tidak ketinggalan, ia juga membawakan butang tambahan seperti mana pada model Black Shark.

Harga jualan bagi peranti gaming dari Redmi dianggarkan bermula dari CNY1,999 (RM1,266) untuk pasaran China. Dan untuk pasaran global masih tidak diketahui, ia mungkin boleh menjadi peranti gaming versi mampu milik seperti model Redmi yang lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN