Close

Redmi umumkan K40 Game Enhanced Edition yang akan dilancarkan pada 27 April ini

Redmi sebelum ini telah pun memberikan teaser mengenai peranti permua dari mereka. Yang mana sebelum ini, peranti itu telah dirahsiakan namanya.

Hari ini, Redmi sendiri telah mengesahkan yang mereka akan memperkenalkan Redmi K40 Game Enhanced Edition yang akan dilancarkan pada 27 April ini di China. Peranti dibina khusus menfokuskan kepada permainan.

Redmi menyatakan yang K40 Game Enhanced Edition mempunyai body yang lebih nipis dan ringan yang tidak akan menggangu prestasi permainan. Terdapat juga fungsi butang tambahan seperti mana pada Black Shark 4 yang bila dibuka akan ada cahaya LED menyala disekitar modul kamera.

Setakat ini spesifikasi yang telah tertiris untuk K40 Game Enhanced Edition adalaha ia bakal hadir dengan skrin Samsung E4 AMOLED, paparan 144Hz, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 67W dan dikuasakan dengan cip MediaTeK 1200.

Ia turut dilengkapi dengan tri-kamera belakang dengan laser autofokus serta menggunakan kamera swafoto jenis punch hole ditengah. Ia turut menjalankan sistem operasi terbaru dari Xiaomi iaitu MiUi 12.5 yang berasakan Android 11.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN