Close

Rekaan iPhone 13 Mini tertiris – Kedudukan kamera utama yang berbeza

Pada barisan iPhone 12, Apple telah memperkenalkan barisan baru iPhone 12 iaitu iPhone 12 mini. Yang merupakan peranti dengan saiz yang sedikit kecil tetapi membawakan kuasa yang sama seperti barisan iPhone 12 yang lain.

Untuk iPhone 13 mini, ia bakal membawakan reka bentuk yang sama seperti pada iPhone 12 mini. Namun tidak pada tidak kedudukan kamera belakang yang mana melalui imej CAD yang tertiris, kedudukan kamera iPhone 13 mini bakal menerima sedikit perubahan.

Seperti yang terlihat pada imej yang tertiris, susun atur kamera untuk iPhone 13 mini tetap menggunakan rekaan persegi, tetapi susunan kedudukan dua kamera berubah dari susun menegak kepada kedudukan diagonal. Selain itu, kedudukan mikrofon juga turut di ubah.

Menurut MyFixGuide, iPhone 13 mini masih mengekalkan skrin saiz 5.4 inci dan mempunyai dimensi yang sama seperti iPhone 12 mini. Apple akan menggunakan teknologi baru dalam meningkatkan kapasiti bateri untuk menambah jangka hayat bateri yang lebih baik daripada iPhone 12 mini.

Kami menjangkakan yang Apple akan melancarkan barisan baru iPhone mereka pada bulan September ini. Sama-sama kita nantikan barisan baru iPhone yang mungkin akan dikenali sebagai iPhone 12s atau iPhone 13.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN