Close

Sony Malaysia buka pra-tempahan ke-5 untuk PlayStation 5

Sebelum ini, Sony Malaysia telahpun melancarkan konsol terbaru iaitu PlayStation 5 (PS5) di pasaran Malaysia secara rasmi pada 11 Disember tahun lalu, yang mana pra-tempahan pertama telah dibuka pada 12 November.

Hari ini, Sony mengumumkan bakal membuka pra-tempahan yang kelima bermula pada malam ini. Pengumuman itu dibuat oleh Sony Malaysia melalui Facebook rasmi mereka.

Pra tempah kali ini hanya dibuat melalui kedai atas talian sahaja iaitu di Lazada, pra tempah akan bermula jam 12.00 tengah malam 16 April ini.

Namun, pra-tempahan kali ini hanya tertumpu kepada versi Ultra HD blu-ray sahaja dan tiada versi Digital.  Jika anda berminat untuk dapatkan PS5 versi Ultra HD blu-ray ianya dijual pada harga RM2,299.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN