Close

Sony Xperia 1 III dan 5 III hadir dengan Snapdragon 888, paparan 120Hz dan lensa telefoto yang boleh diubah

Sony hari ini mengumumkan barisan baru Xperia iaitu Sony Xperia 1 III dan  Xperia 5 III. Barisan baru ini membawakan kemampuan seperti model sebelumnya namun dengan penaiktarafan dari segi spesifikasi dan juga fungsinya.

Perkara yang menarik pada kedua-dua peranti ini adalah kemampuan lensa telefotonya yang boleh di ubah-ubah panjangnya dari 70mm kepada 105mm, serta zum optikal 2.9x dan 4.4x. Lensa 12MP itu turut menggunakan sensor Sony 12MP 1/2.9inci dengan bukaan f/2.3 atau f/2.8 bergantung kepada panjang yang digunakan dengan zum digital boleh mencapai sehingga 300mm.

Untuk kamera utama pula, ia menggunakan sensor 12MP 1/1.7 inci digabungkan dengan OIS f/1.7 dan untuk kamera ultra sudut lebar pula ia menggunakan sensor 12MP 1/2.6 inci aperture f/2.2 dengan autofokus.

Teknologi lensa Zeiss dikekalkan untuk memberikan kemampuan kamera menjadi lebih cemerlang. Kamera swafoto masih menggunakan 8MP tetapi ditambah dengan sensor 3D ToF pada model Xperia 1 III sahaja.

Dengan keupayaan kamera yang hampir sama, kedua-dua peranti dibezakan dengan keupayaan skrin. Untuk Xperia 1 III ia hadir dengan skrin 6.5 inci OLED 4K paparan 120Hz sementra Xperia 5 III hadir dengan skrin 6.1 inci OLED FHD paparan 120Hz dan kedua-duanya menyokong kandungan HDR.

Kedua-dua model turut dijana dengan cip Snapdragon 888, namun Xperia 1 III menyokong RAM sehingga 12GB dengan storan 256GB atau 512GB.  Untuk Xperia 5 III pula hanya menyokonga RAM sehingga 8GB dan storan 128GB atau 256GB.

Melengkapkan spesifikasi, ia hadir dengan bateri sebesar 4,500mAh dengan pengecasan pantas sehingga 30W. Dan untuk model Xperia 1 III ia menyokongan pengecasan tanpa wayar.


Untuk fungsi lain, ia turut hadir dengan pembesar suara jenis stereo, mikrofon yang lebih baik, pelindung skrin Gorilla Glass Victus untuk bahagian hadapan dan Gorilla Glass 6 Frosted di bahagian belakang. Bagi perlindungan habuk dan air Xperia 1 III menerima penarafan IP65 sementara Xperia 5 III pula IP68.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia bermula dengan Xperia 1 III pada bulan Julai diikuti Xperia 5 III pada September.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN