Close

Takuk pada iPhone 13 sah akan lebih kecil berbanding pada iPhone 12

Seperti kita tahu takuk pada iPhone ketika ini boleh dikategorikan sebagai besar dan tebal. Dan setiap kali siri baru iPhone keluar pasti akan ada rumours mengenai takuk yang akan lebih kecil digunakan pada iPhone yang seterusnya.

Melalui imej yang tertiris hari ini, memperlihatkan rekaan takuk pada iPhone 13 telah direka semula menjadi sedikit kecil dari model sebelumnya.

Imej yang dikongsi oleh DuanRui melalui Twitternya, yang membandingkan perubahan kedudukan takuk pada iPhone 12 dengan pelindung skrin yang didakwa sebagai skrin iPhone 13.

Dari imej tersebut boleh dilihat saiz takuk pada iPhone 13 agak kecil dari segi lebar. Dengan pengurangan takuk pada iPhone 13 sekitar 30% dari segi lebar. Tetapi takuk iPhone 13 dilihat sedikit tinggi kerana Apple memindahkan earpiece ke bahagian atas bezel

Untuk komponen lain seperti Face ID dan kamera swafoto masih dikekalkan dibawah takuk. Dengan takuk yang lebih kecil pada iPhone 13 ia membolehkan informasi tambahan diletakkan seperti status bateri.

Selain daripada perubahan takuk, iPhone 13 dijangka membawakan rekaan yang sama seperti iPhone 12 dan hadir dengan empat varian.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN