Close

Twitter untuk Android dan iOS kini menyokong imej dengan resolusi 4K

Fungsi yang telah diuji kira-kira sebulan lalu oleh Twitter akhirnya diumumkan akan hadir pada peranti Android dan juga iOS. Fungsi yang memboleh pengguna untuk melihat dan memuatnaik imej sehingga 4K kini sudah tersedia.

Untuk membolehkan fungsi ini digunakan, pengguna perlu menukar tetapan untuk pilihan gambar kepada yang berkualiti tinggi didalam tetapan “Penggunaan data”.

Dengan kehadiran fungsi ini, ia menjadikan Twitter sebagai salah satu perkhidmatan media sosial yang terbaik untuk perkongsian gambar dengan resolusi yang tinggi. Dan ia juga tersedia untuk aplikasi web.

Twitter sebelum ini telah pun menguji fungsi ini dengan memuat naik imej 4K di fon pada awal bulan Mac yang lalu. Fungsi Crop untuk imej 4K juga ditambah untuk hasil yang lebih baik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN