Close

Vivo umumkan V21 dan V21e untuk pasaran Malaysia dengan harga mencecah RM1,599

 

Vivo hari ini mengumumkan barisan baru peranti mereka iaitu Vivo V21 dan juga V21e pada acara pelancaran mereka sebentar tadi. Kedua-dua peranti yang diumumkan membawakan spesifikasi kelas pertengahan dengan menawarkan beberapa fungsi baru.

Vivo V21 membawakan skrin bersaiz 6,44 inci AMOLED FHD + dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan MediaTek Dimensity 800U, dan untuk kapasiti RAM ia membawakan 8GB RAM dan Extended 3GB RAM. Storan dalaman 128GB menggunakan teknologi UFS 2.2. Bateri sebesar 4000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Untuk fotografi, V21 membawakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64MP, 8MP ultra lebar dan 2MP makro.Seterusnya kamera swafoto hadir dengan 44MP bersama OIS.

Vivo V21e turut membawakan skrin dengan saiz yang sama iaitu 6.44-inci AMOLED FHD +. Dijana dengan cip dari Qualcomm Snapdragon 720G digabungkan dengan 8GB RAM dan Extended 3GB RAM. Storan dalaman hadir dengan 128GB bersama bateri 4000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Membawakan tetapan kamera yang sama seperti V21, kamera utama 64MP, 8 ultra lebar dan 2MP makro. Kamera swafoto 44MP dengan OIS.

Pra tempahan bagi siri V21 bermula hari ini sehingga 4 Mei 2021. Harga jualan bagi V21e adalah sekitar RM1,299 dan untuk V21 pula adalah RM1,599. Setiap pra tempahan bakal hadir dengan hadiah eksklusif sehingga RM699.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN