Close

WhatsApp bakal membawakan fungsi pemindahan chat antara iOS dan Android

Seperti yang kita tahu, proses untuk memindahkan data WhatsApp dari iOS ke Android atau sebaliknya merupakan satu perkara yang rumit. Yang menjadikan ia salah satu sebab untuk pengguna tidak bertukar kepada peranti lain.

Namun hari yang suram itu bakal berakhir tidak lama lagi, menurut beberapa laporan WhatsApp kini sedang menguji fungsi baru yang membolehkan pengguna memindahkan data WhatsApp seperti chat, log dan transkrip antara iOS dan Android.

Laporan tentang fungsi baru ini dikongsi oleh WABetaInfo, yang mana sering berkongsikan ciri-ciri baru pada WhatsApp yang akan diberikan kepada pengguna. 

Pada masa akan datang untuk membolehkan pengguna memindahkan data dari iOS ke Android atau sebaliknya ia hanya memerlukan kedua-dua mempunyai versi WhatsApp yang terkini. Sekiranya salah satu peranti masih menggunakan versi lama WhatsApp akan meminta pengguna untuk mengemaskini versi.

Proses pemindahan data WhatsApp menjadi sukar dari iOS ke Android atau sebaliknya adalah kerana proses backup yang berbeza di iOS, WhatsApp menggunakan iCloud untuk membuat backup data pengguna dan pada Android pula ia menggunakan Google Drive.

Fungsi lain yang sedang diuji oleh WhatsApp adalah backup iCloud yang dilindungi dengan kata laluan serta kemampuan menghubungkan satu akaun WhatsApp kepada empat peranti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN