Close

WhatsApp kini menguji fungsi mempercepatkan pesanan suara

Fungsi pesanan suara pada WhatsApp adalah salah fungsi yang sangat popular dikalangan pengguna dan ada sesetengah penguna lebih gemar menggunakan pesanan suara berbanding teks.

Gambar : WABetaInfo.

Menurut dari WABetaInfo, WhatsApp dikatakan akan memperkenalkan satu lagi kemaskini baru yang membolehkan pesanan suara dimainkan dengan lebih cepat. Bagi pengguna WhatsApp Beta 2.21.9.4 fungsi ini telah pun di perlihatkan dengan butang 1x / 1.5x / 2x pada pesanan suara.

Bagi mengubah kelajuan playback pesanan suara, pengguna hanya perlu menekan butang kelajuan dan secara automatik kelajuan akan berubah ke pilihan yang seterusnya.

Fungsi ini sebenarnya sudah pun diperkenalkan pada sebulan yang lalu pada versi pembangunan, seterusnya dikemaskini kepada pengguna WhatsApp beta. Namun fungsi ini tidak tersedia kepada semua WhatsApp beta sebaliknya hanya terdapat kepada beberapa pengguna berdasarkan server.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN