Menurut dari WABetaInfo, kemaskini yang akan datang WhatsApp akan menambah satu lagi pilihan fungsi menghilangkan mesej iaitu dalam masa 24 jam yang sebelum ini 7 hari.
Apabila pengguna memilih fungsi 24 jam , kesemua mesej yang dikirim atau diterima seperti gambar, video dan pesanan suara akan dipadam mengikut waktu yang ditetapkan.
Fungsi ini masih lagi dalam pembangunan dan akan tersedia dalam kemaskini akan datang, ia juga bakal tersedia untuk iOS, Android dan juga Web/Desktop.