Close

Xiaomi bakal jadi yang pertama menggunakan kamera 200MP

 

Sensor ISOCELL dari Samsung merupakan sensor pertama yang membawakan keupayaan kamera melebihi 100MP dan Xiaomi pula adalah pengeluar pertama yang akan menggunakannya.

Samsung dikatakan sudah bersiap sedia untuk melancarkan kamera pertama dengan sensor sebesar 200MP. Menurut pakar tiris Ice Universe, sensor 200MP itu bakal mempunyai  piksel terkecil iaitu 0.64 µm.

Keupaayan sensor 200MP semestinya lebih berkuasa berbanding 108MP, sensor ini secara teknikalnya mempunyai resolusi yang cukup untuk merakam video pada resolusi 16K (133MP). Untuk mengelakkan modul kamera menjadi lebih tebal ia harus menggunakn piksel yang lebih kecil.

Dengan sensor yang lebih maju ini, ia akan menjadikan bining piksel dan pemprosesan imej menjadi lebih bagus sekaligus akan mengimbangi penurunan piksel kepada yang lebih kecil.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN