Xiaomi bakal lancarkan tiga tablet dengan cip pemproses Snapdragon siri 800 - FUZZ.MY

Monday, April 12, 2021

Xiaomi bakal lancarkan tiga tablet dengan cip pemproses Snapdragon siri 800


Xiaomi
nampaknya bakal kembali menghasilkan tablet selepas tidak lagi menghasilkannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 



Menurut laporan, Xiaomi kini sudah bersedia untuk melancarkan siri tablet terbaru mereka dan dijangka akan membawakan 3 model bagi barisan baru tablet mereka.


Kesan dari Pandemik COVID-19 menyaksikan penjualan dan permintaan tablet meningkat secara mendadak, oleh kerana pemintaan yang semakin tinggi kita bakal melihat pengeluar Android bakal memasuki semula segmen tablet pada tahun 2021.



Memetik dari Twitter @xiaomiui, Xiaomi bakal membawakan tiga model tablet dengan nama "Enuma", "Elish", dan "Nabu" dengan nomor model K81, K81A, dan K82. Yang mana "Enuma" dan "Elish" akan dijana dengan Snapdragon 870 sementara "Nabu" akan menggunakan cip Snapdragon 860.


Tablet baru dari Xiaomi ini dijangka hadir dengan skrin IPS dengan resolusi 2560 x 800 120Hz dengan kamera belakang 48MP bagi model "Enuma" dan 12MP unutk model "Elish", dan "Nabu". Kesemua model dikatakan akan menggunakan tetapan kuad-kamera iaitu kamera ultrawide, kamera makro, dan kamera kedalaman.


Tablet yang akan dilancarkan di bawah barisan Mi Pad ini turut dilengkapi dengan sokong NFC, empat pembesar suara, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berwayar yang pantas.


(Sumber)