Close

Xiaomi Mi 11 Ultra dijual dengan harga RM4,299 di Malaysia

Xiaomi Mi 11 Ultra akhirnya memasuki pasaran Malaysia secara rasmi selepas ia dilancarkan di China pada 29 Mac yang lalu.

Mi 11 Ultra hadir dengan membawakan penawaran kamera yang lebih padu, skrin dengan resolusi tinggi, pengecasan berwayar dan tanpa wayar yang pantas serta cip Snapdragon 888.

Dari segi spesifikasi, Mi Ultra hadir dengan skrin 6.81 inci QHD+ AMOLED paparan 120Hz adaptif Dolby Vision. Dijana dengan Snapdragon 888 yang digabungkan dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan pilihan storan  sehingga 512GB.

Pada bahagian bateri, Mi 11 Ultra membawakan bateri sebesar 5000mAh, yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar 67W serta fungsi reverse wireless charging 10W.

Unutk fotografi, ia menampilkan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 50 MP (ISOCELL GN2) , 48MP (IMX586) ultra lebar b48MP (IMX586) telefoto dengan kemampuan 120x zum. Ia juga hadir dengan sensor dToF umtuk pemfokusan yang lebih pantas, pada rakaman video ia menyokong resolusi sehingga 8K. Untuk kamera swafoto ia hadir dengan 20MP.

Di samping rekaan kamera yang Ultra lebar, ia turut menempatkan skrin kedua yang boleh memaparkan waktu, cuaca, tahap bateri , AOD , animasi , notifikasi dan mengambil gambar swafoto. Yang mana panel belakang diperbuat dari seramik dengan dua pilihan warna hitam dan putih.


Ciri-ciri lain yang hadir pada Mi 11 Ultra adalah ketahanan kalis air dan debu IP68pembesar suara stereo Harmon Kardon, WiFi 6E, Modem 5G bersepadu X60 dan sistem teknologi penyejukan tiga fasa.


Harga rasmi untuk pasaran Malaysia adalah RM4,299 untuk 12GB/256GB yang akan dijual secara pra tempah di Lazada, Shoppe dan Mi Store bermula pada 8 April. Dan untuk pembelia 200 pertama bakal menerima set hadiah edisi terhad Mi Fan iaitu rantai kunci Mi Bunny dengan ukiran nama pembeli serta sehelai baju MFF 2021.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN