Close

YouTube sedang menguji fungsi menyembunyikan jumlah “dislike” pada video

Jika anda menonton video di YoutTube ketika ini, anda mungkin perasan yang reka bentuk platformnya terlihat sedikit berbeza. Ini adalah kerana, Youtube dikatakan sedang menguji reka bentuk baru yang akan menyembunyikan jumlah dislike sesuatu video.

Ujian yang dilakukan oleh YouTube ini adalah salah satu usaha untuk melindungi kesejahteraan masyrakat dan juga pencipta kandungan daripada diserang oleh mereka yang tidak menyukainya dan bertindak menekan butang dislike tanpa mengira jenis kandungan.

YouTube turut mengatakan bahawa mereka tidak merancang untuk membuang butang dislike, tetapi hanya bereksperimen untuk melihat apakah kesannya kepada platform dan pencipta kandungan.

Namun pencipta kandungan masih boleh melihat jumlah like dan dislike video mereka di YouTube Studio. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN