Close

Android 12 kini rasmi – ‘Material You’ diperkenalkan dan ciri privasi yang ditambahbaik

 

Pada acara Google I/O yang belangsung malam tadi, Google akhirnya memperkenalkan Android 12 secara rasmi. Android 12 kali ni membawakan perubahan besar dari segi reka bentuk yang dipanggil Material You.

Perubahan antarmuka Android 12 adalah yang paling radikal pernah dibuat sejak rekaan Material diperkenalkan pada 2014. Selain dari itu, sejumlah ciri-ciri baru turut diperkenal dan ditambahbaik pada Android 12.

Dengan Material You, Android 12 tampak berbeza dari versi android sebelumnya, yang lebih moden dan kemas. Tema baru Android 12 turut membawakan kemampuan untuk mengikut warna Wallpaper kemudian ia diterapkan pada keseluruhan OS seperti pada lock screen, notification, setting menu, widget dan banyak lagi.

Selain dari perubahan antaramuka, Google turut menyusun semula keseluruhan sistem untuk memberikan pengalaman animasi yang lebih lancar dan cekap. Peranti Android akan menjadi lebih pantas dan responsif dengan kecekapan kuasa yang lebih baik.

Android 12 juga merangkumi ciri privasi baru yang memberi lebih banyak ketelusan mengenai aplikasi yang mengakses data anda, terdapat lebih banyak kawalan privasi yang membolehkan anda membuat pilihan aplikasi yang boleh mengakses maklumat peribadi anda.

Masih lagi dalam ciri privasi, pada Android 12 pengguna boleh mengetahui aplikasi yang sedang mengakses kamera atau mikrofon melalui indikator yang diletakkan diatas sebelah kanan.

Terdapat beberapa ciri lain yang dibawakan pada Android 12 seperti one handed mode, quick to call the Google Assistant, Easier Wi-Fi sharing, Android TV remote, digital car key, Phone Hub on Chromebooks dan banyak lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN