Close

Aplikasi Clubhouse akan dilancarkan dengan lebih meluas untuk pengguna Android

 

Platform audio sosial yang popular ketika ini iaitu Clubhouse akan mula ditawarkan lebih meluas kepada pengguna Android seawal minggu ini.

Seminggu yang lalu, aplikasi Clubhouse telah pun tersedia di Android tetapi hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Seterusnya ia bakal di perluaskan ke beberapa negara lain bermula pada hari Selasa di Brazil, Jepun dan Rusia, kemudian Jumaat di India dan Nigeria. Akhir sekali ia akan tesedia di seluruh dunia menjelang hari Jumaat seterusnya.

Walau bagaimanapun, Clubhouse mengatakan platform ini akan tetap memerlukan jemputan buat masa ini, yang bermaksud ia masih tidak terbuka untuk sesiapa sahaja.

Aplikasi Clubhouse sebenarnya telah pun dilancarkan pada setahun yang lalu dan hanya tersedia pada peranti iOS sahaja dengan akses awal yang terhad kepada 10 Juta pengguna sahaja pada tahun pertama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN