Close

Aplikasi Clubhouse kini tersedia secara global untuk pengguna Android

Aplikasi yang menfokuskan kepada audio sosial iaitu Clubhouse yang sebelum ini hanya khusus buat  pengguna iOS kini sudah tersedia secara global untuk pengguna Android.

           

Buat yang masih tidak mengetahui bagaimana aplikasi ini bekerja, Clubhouse adalah perkhidmatan undangan sahaja yang mana pengguna dapat mendengar perbualan, wawancara, dan perbincangan. Yang mana ia seperti forum yang membincang sesuatu topik sementara pengguna lain hanya mendengar sahaja.

Aplikasi ini berfungsi hampir sama seperti pada iOS. Bermaksud ia masih memerlukan jemputan dari seseorang untuk dapat mula menggunakan perkhidmatan tersebut. Sebagai tambahan pengguna yang sudah pun menggunakannya akan mendapat lebih banyak jemputan yang boleh diberikan.

Aplikasi Clubhouse telah pun diilancarkan lebih dari setahun yang lalu sebagai aplikasi khusus kepada iOS. Sejak dari itu, perkhidmatan ini semakin popular dan telah ditiru oleh beberapa pihak. Twitter baru-baru ini telah menambah ciri baru serupa dengan nama Space yang tidak memerlukan sebarang jemputan untuk memulakannya.

Dan kemungkinan inilah yang menyebabkan Clubhouse mempercepat proses untuk melancarkan aplikasi mereka di Android.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN