Close

Aplikasi Instagram kini menambah ciri yang boleh menyembunyikan jumlah ‘Likes’

Selepas dua tahun menjalankan ujian,  Instgram akhirnya mengumumkan secara rasmi ciri yang membolehkan jumlah “Likes” disembunyikan.

Yang mana ciri ini adalah pilihan, memerlukan pengguna mengaktifkan ciri ini melalui tetapan pada aplikasi Instagram. Jika ciri ini diaktifkan jumlah likes tidak akan dapat diakses tetapi tidak untuk pihak ketiga. Pemegang akaun masih dapat mengesan statistik aktiviti audiens, tetapi ia memerlukan beberapa langkah tambahan.

Ciri baru ini adalah versi yang lebih mudah berbanding versi awal ketika diperkenalkan. Sebelum ini Instagram mahu mematikan ciri likes bagi menghilangkan masalah ketegangan di kalangan pengguna.

Tetapi selepas ciri ini dilaksanakan terdapat beberapa kontroversi muncul mengenai keberkesananya. Dan dalam satu wawancara baru-baru ini di The Information Adam Mosseri iaitu ketua Instagram mengatakan perubahan itu bertindak sebagai “polarizer” dan cirinya telah diperhalusi.

Instagram juga merancang untuk membelanjakan dana tambahan bagi mengkaji kesan platform pada remaja dan pengguna muda. Syarikat itu juga meminta pelbagai organisasi dan penyelidik bukan keuntungan untuk bekerjasama dalam isu ini dalam memahami pengalaman perkhidmatan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN