Apple AirTag berjaya digodam - FUZZ.MY

ASUS

Tuesday, May 11, 2021

Apple AirTag berjaya digodam


Apple AirTag adalah peranti terbaru yang dilancarkan oleh Apple pada April lalu yang berfungsi sebagai alat penjejak yang boleh disambungkan kepada peranti Apple lain seperti iPhone, iPad dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membantu pengguna menjejak objek yang hilang atau terlupa kedudukannya.


Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pengkaji keselamatan dari Jerman iaitu Stack Smashing, mereka telah berjaya menggodam mikrokontroler Apple AirTag dan mengubah elemen perisian (software) yang ada padanya. 



Bermaksud, penggodam boleh buat apa sahaja dengan Apple AirTag setelah ia digodam. Apabila AirTag berada dalam lost mode, peranti iPhone atau Android yang mempunyai NFC akan menerima isyarat yang boleh membuka pelayar untuk ke laman yang mempunyai kandungan berniat jahat. 


Bagaimanapun, untuk menggodam AirTag bukanlah mudah. Apa pun, harap pihak Apple dapat tingkatkan tahap sekuriti pada AirTag supaya tidak mudah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab. 


(Sumber)