Close

Apple AirTag kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM129

 


Apple sebelum ini telah mengumumkan peranti pintar terbaru mereka yang dipanggil AirTag. Ia merupakan sebuah alat penjejak bersaiz kecil yang boleh dipasang pada kunci, beg dan sebagainya yang membantu dalam menjejakinya melalui FindMy.


AirTag kini secara rasmi ditawarkan di Malaysia, sedia maklum yang sebelum ini Apple telah mengumumkan kemaskini harga bagi AirTag yang kini dijual pada harga RM129.


Sebagai perbandingan jika anda membeli melalui Apple Store ia hanya tersedia untuk satu unit sahaja. Namun jika anda membeli melalui pengedar rasmi Apple seperti Machines ia membolehkan anda membeli secara bundle iaitu RM459 untuk 4 unit AirTag.


Ia dapat menjimatkan jika anda ingin membeli lebih dari satu unit. Untuk pembelian secara bundle, buat masa ini ia hanya ditawarkan pada pengedar rasmi Apple sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN