Close

Apple iMac 24-inci dan iPad Pro M1 kini boleh dibeli di Malaysia

 

Pada awal bulan lalu Apple telah mengumumkan dua lagi model baru mereka iaitu iMac 24 inci dan juga iPad Pro yang menggunakan cip M1. Apple turut mengatakan yang kedua-dua model tersebut akan tersedia pada separuh kedua bulan Mei.

Kini kedua-dua model sudah mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia, yang menyaksikan harga bagi iMac 24 inci bermula pada RM5,999, RM6.449 dan RM7,249. Untuk model asas iMac 24 inci tidak disertakan dengan sokongan gigabit ethernet dan dua port USB 3.0, namun sokongan gigabit ethernet boleh ditambah pada iMac 24 inci dengan penambahan harga RM110.

Selain itu, iMac turut hadir dengan tujuh pilihan warna dan dilengkapi paparan 23.5 inci 4480 x 2520 dengan 500 nits kecerahan. Peningkatan utama pada iMac 24 inci baru adalah pada panel AIO (All In One). iMAC 24 ini juga dilengkapi dengan memori LPDDR4 sehingga 16GB dan storan dalam sehingga 2TB.


Bagi iPad Pro pula ia hadir dengan peningkatan spesifikasi tertinggi apabila ia dijana dengan cip M1 yang digunakan pada iMac. Ia juga dilengkapi dengan memori sehingga 16GB dan memori dalaman sehingga 2TB.


 iPad Pro merupakan tablet pertama yang hadir dengan paparan mini LED. Dijual pada harga RM3,449 untuk 11 inci dan RM4,799 untuk 12.9 inci. Ditawarkan dalam dua piliha warna Space Gray dan Silver dan mempunyai dua varian WiFi sahaja dan WiFi+Celular.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kedua-dua model tersebut, ia kini boleh mula dibeli melalui Apple Store Malaysia dengan penghantaran percuma dalam masa empat sehingga enam minggu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN