Close

DxOmark memberikan markah 106 untuk Redmi Note 10 Pro – setanding markah iPhone XS Max


Redmi Note 10 Pro
telah pun dilancarkan pada Mac yang lalu, yang kini telah pun dijual secara rasmi di Malaysia pada harga yang mampu milik. Dengan titik penjualanya menfokuskan kemampuan kamera 108MP bersama skrin AMOLED serta paparan 120Hz.


Melalui kemaskini markah kedudukan kamera telefon pintar yang dikeluarkan oleh DxOMark, Redmi Note 10 Pro tela mendapat markah sebanyak 106 bagi markah keseluruhan. Ia dipecahkan kepada tiga kriteria iaitu Photo, Zoom dan juga Video.


Bagi markah Photo Redmi Note 10 Pro mendapat 111, Zoom 52 dan video 95. Markah keseluruhan Redmi Note 10 Pro adalah setanding dengan iPhone XS Max yang dilancarkan pada tahun 2018, namun untuk iPhone XS Max ia hanya dipecahkan kepada dua kategori sahaja iaitu Photo dan video dengan markah 110 dan 96. Markah keseluruhan Redmi Note 10 Pro turut mengalahkan iPhone SE 2020 dengan beza sebanyak 3 markah

Kemampuan kamera peranti kelas pertengahan nampaknya semakin meningkat. Ia sekaligus mengambarkan yang peranti kelas pertengahan semakin bagus. Kini peranti kelas pertengahan tidak lagi boleh dipandang rendah atau sekadar hadir memeriahkan pasaran telefon pintar sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN