Close

Fungsi ECG kini tersedia buat pengguna Apple Watch di Malaysia

Fungsi kesihatan ECG adalah salah satu fungsi yang dinantikan oleh pengguna Apple Watch di Malaysia. Ia berfungsi sebagai mengesan degupan jantung dengan lebih terperinci seperti degupan jantung yang tinggi, memberi notifikasi terhadap ritma jantung tidak teratur, mengesan simptom dan sebagainya.

Untuk anda merasai fungsi ini, anda perlukan sekurang-kurangnya Apple Watch Series 4, Series 5 dan juga Series 6. Namun, buat Apple Watch SE mahupun Series 3 dan ke bawah, ia tidak menyokong fungsi ECG.

Seterusnya anda perlu kemaskini Apple Watch kepada watchOS 7.5 yang terbaru untuk mendapat fungsi ECG. Untuk kemaskini, pergi ke aplikasi Apple Watch di iPhone > General > Software Update.

Info penuh tentang ECG di Apple Watch di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN