Google bagi petunjuk mengenai 'Whitechapel' pada Google Pixel 6 - FUZZ.MY

Friday, May 7, 2021

Google bagi petunjuk mengenai 'Whitechapel' pada Google Pixel 6

 


Pada awal bulan lalu terdapat laporan mengatakan yang Google akan menggunakan cip buatan sendiri pada peranti Pixel yang seterusnya iaitu Pixel 6. 



Maklumat terbaru mengenai cip dari Google itu telah dikesan dalam kod yang diberikan pada Android Open Source Project (AOSP). Perubahan kod dalam AOSP secara jelas menyebut "Whitechapel," "GS101," dan "P21."


Merujuk kepada kod "GS101" ia mungkin merujuk kepada cip pertama dalam barisan Google iaitu Google Silicon 101 seperti yang dikatakan oleh 9to5Google. Kod "Whitechapel" pula dikatakan kod nama cip yang dibangunkan oleh Google dengan kerjasama Samsung, dan "P21" mungkin bermaksud "Pixel 2021".


Ini bukanlah kali pertama Google dengan sengaja membiarkan maklumat terperinci mengenai peranti Pixel yang akan datang di AOSP. Sebelum pelancaran Pixel 4, kod sumber Android 10 telah pun membocorkan yang Pixel 2019 akan hadir dengan paparan 90Hz. Dan maklumat hari ini mendedahkan perincian sebenar mengenai cip Google Silicon yang mengaitkan Pixel 2021.


(Sumber)