Harga rasmi siri OnePlus 9 di Malaysia mencecah RM4,299 - FUZZ.MY

ASUS

Monday, May 17, 2021

Harga rasmi siri OnePlus 9 di Malaysia mencecah RM4,299



Siri OnePlus 9 telah pun dilancarkan pada Mac yang lalu, hadir dengan dua varian iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Selepas beberapa bulan ia dilancarkan akhirnya siri OnePlus 9 memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.


Dari segi spesifikasi siri OnePlus 9 hadir dengan cip terkini dari Qualcomm iaitu Snapdragon 888 dan dipadankan dengan memori sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.


Selain dari spesifikasi yang terkini, kemampuan siri OnePlus 9 kali ini ia lebih terarah kepada kemampuan kameranya. Dengan kerjasama Hasselblad yang digunakan dalam sistem kamera OnePlus memberikan nilai tambah dalam kemampuan kamera siri OnePlus 9 kali ini.


Bagi penawaran harga, terdapatnya kenaikan harga siri OnePlus 9 kali ini. Yang meletakkan ia sebaris dengan peranti premium yang lain bahkan mungkin ia sedikit lebih mahal.





Harga untuk model tertinggi OnePlus 9 adalah RM3,699 yang akan mula dijual pada 18 Mei secara dalam talian melalui Shopee. Dan buat masa ini ia hanya menawarkan satu varian sahaja iaitu 12GB/256GB.




Dan untuk harga OnePlus 9 Pro pula adalah RM4,299 yang turut akan dijual pada 18 Mei secara dalam talian melalui Lazada. Ia turut ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 12GB/256GB.


Jualan rasmi untuk siri OnePlus 9 pula adalah pada 22 Mei, yang mana ia boleh didapati di semua pengedar rasmi OnePlus yang sah.