Close

Huawei akan melancarkan HarmonyOS pada 2 Jun ini sebagai alternatif kepada Android OS

Pada tahun lalu, pihak Huawei telah mengesahkan bahawa semua telefon pintar mereka akan menjalankan sistem operasi HarmonyOS sebagai alternatif Google Android OS ekoran konflik Huawei dan pihak Google yang berpangkalan di AS.

Desas desus tentang HarmonyOS pada telefon pintar Huawei akhirnya telah terjawab apabila Huawei telah menetapkan tarikh pelancarannya pada 2 Jun ini. 

Ini bermakna terdapat 1 lagi sistem operasi yang akan bersaing dengan Apple iOS dan Google Android OS. Namun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat fon baru yang akan diperkenalkan pada 2 Jun ini atau tidak.

Gambar oleh OnLeaks x Voice.

Kerana terdapat juga ura-ura bahawa Huawei bakal perkenalkan siri Huawei P50 sekitar bulan Jun ini yang dijangka hadir dengan HarmonyOS.

ARTIKEL BERKAITAN