Close

Hugo Barra tinggalkan Facebook untuk memasuki arena teknologi kesihatan

Buat peminat teknologi, Hugo Barra bukanlah seorang yang asing dalam industri teknologi. Beliau pernah bekerja di Google dan Xiaomi, seterusnya menjadi naib presiden bagi virtual reality di Facebook sejurus meninggalkan Xiaomi.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya di Facebook Reality Labs, setelah 4 tahun mengusahakan projek yang menarik dan sangat mencabar daripada apa yang saya temui dalam karier saya”. Ia merupakan catatan terakhir Hugo Barra.

Hugo Barra dikatakan merancang untuk menceburi bidang teknologi kesihatan dan cuba menerapkan apa yang dipelajarinya dalam teknologi untuk menyelesaikan masalah kesihatan. Beliau juga percaya masyrakat masih kurang dengan peralatan yang benar-benar memahami kesihatan dan kawalan terhadap hasil kesihatan.

Hugo Barra mula berkhidmat di Facebook pada tahun 2017, memulakan projek dengan pasukan Oculus VR. Pada tahun 2019 beliau ditugaskan untuk membangunkan ekosistem AR / VR global yang berpusat di New York City, yang akhirnya menjadi sebahagian dari Facebook Reality Labs.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengucapkan terima kasih kepada Hugo Barra atas usahanya ketika berada di Facebook dan teruja untuk melihat apa yang akan di lakukannya selepas ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN