Close

Imej sebenar Huawei P50 tertiris

 

Gambar : slashleaks.com.

Kita telah disajikan dengan khabar angin dan juga maklumat awal mengenai peranti premium seterusnya dari Huawei.


Imej Huawei P50 yang dikongsikan oleh pakar tiris Digital Chat Station melalui akaun weibonya memperlihatkan bahagian hadapan hadir dengan skrin bersaiz 6.3 inci. Ukuran saiz lubang kamera hadapan juga dilihat lebih kecil dan bukan menggunakan bentuk pil seperti pada Huawei P40.

Gambar : Weibo.

Pada bahagian belakang, rekaan modul kamera Huawei P50 juga turut berubah, dengan dua daripadanya hadir dengan bulatan besar yang memuatkan dua sensor dalam satu bulatan, dengan empat sensor kamera secara keseluruhanya.

Siri Huawei P50 turut dikatakan akan menggunakan sensor Sony IMX 800 yang sebesar 1 inci menjadikan ia kamera terbesar pada fon ketika ini dan merupakan kemunculan pertama sensor IMX 800. Untuk tiga lagi kamera yang akan dibawakan adalah kamera ultra lebar, telefoto dan juga 3D ToF.

Siri Huawei 50 akan didatangkan dengan sistem operasi Harmony memandangkan Huawei tidak lagi menggunakan GMS. Huawei dijangka akan memperkenalkan Siri Huawei P50 pada Mei yang akan hadir dengan pilihan warna putih, hitam, biru dan kuning.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN