Close

iPad Pro 12.9″ dengan cip M1 menghadapi isu pengeluaran

Pada April lalu, Apple telah mengumumkan produk terbaharu mereka termasuk iPad Pro 11″ dan 12.9″ yang menggunakan cip pemproses lebih berkuasa iaitu Apple M1. Untuk pasaran Malaysia, ia dijual dengan harga bermula RM3,499 dan mencecah RM10,399. 

Bagaimanapun melalui laman sesawang rasmi Apple Malaysia, iPad Pro masih belum tersedia untuk dibeli. Namun untuk pasaran AS, penghantaran untuk iPad Pro 12.9″ dijangka akan dibuat sekitar pertengahan bulan Julai tahun ini, kira-kira 2 bulan lagi.

Ada laporan memetik bahawa iPad Pro 12.9″ sedang menghadapi isu terhadap pengeluarannya yang menyebabkan penghantaran selepas 2 bulan. Bagaimanapun, untuk iPad Pro 11″, penghantarannya akan bermula pada hujung bulan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN