iPhone 12 dan iPhone 12 Mini kini hadir dengan pilihan warna Ungu. Namun, tiada sebarang perubahan dari segi spesifikasi hanya penambahan warna baharu sahaja.
Warna baru yang ditawarkan dilihat seakan warna pastel lavender yang dilihat bersesuai dengan tona warna digunakan sekarang pada siri keluarga iPhone 12.
Dengan penambahan warna baru ini, secara keseluruhan model iPhone 12 dan iPhone 12 mini kini hadir dengan 6 pilihan warna iaitu, hitam, putih, biru, merah, hijau dan juga ungu.

iPhone 12 dan 12 Mini dengan warna baru kini boleh didapati melalui Apple Store Online dengan penawaran harga yang sama seperti sebelum ini iaitu RM3,899 untuk iPhone 12 sementara untuk iPhone 12 Mini adalah RM3,399.