Close

iPhone 13 mungkin akan hadir dengan 6 pilihan warna

Gambar: WaqarKhanTech.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak spekulasi dan juga kebocoran maklumat mengenai produk Apple yang seterusnya iaitu iPhone 13. Yang mana ia dijangka akan dilancakan pada September tahun ini.

Gambar: WaqarKhanTech

Sebelum ini telah banyak imej render bahkan prototaip juga telah tertiris mengenai iPhone 13. Melalui satu lagi imej render terbaru dari Youtuber India di saluran @WaqarKhanTech yang memperlihatkan imej render yang sama seperti sebelum ini.

Gambar: WaqarKhanTech

Namun perbezaan yang paling ketara pada imej render yang terbaru ini ialah susunan pada kamera belakang dan juga takuk yang lebih nipis. Imej render terbaru ini jelas memperlihatkan takuk pada iPhone 13 lebih kecil dari iPhone 12.

Selain itu, susun atur kamera belakang untuk iPhone 13  turut berubah, dari susunan yang menegak bertukar kepada kedudukan diagonal serta kedudukan mikrofon juga turut di ubah.

Imej render tersebut juga memperlihatkan iPhone 13 bakal hadir dengan sekurang-kurangnya enam pilihan warna iaitu light purple, red, dark blue, orange, warm white, dan black.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN