Close

Lagi imej Google Pixel 6 Pro tertiris – Menggunakan tri-kamera dan skrin melengkung

Gambar :OnLeaks x Digit.in

Sebelum ini terdapat beberapa imej Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro tertiris, yang memperlihatkan rekaan baru yang radikal akan digunakan pada siri Google Pixel 6. Dan kali ini, telah muncul render baru bagi model Pixel 6 Pro tertiris dengan beberapa spesifikasinya.

Gambar :OnLeaks x Digit.in

Melalui imej render yang dikongsi oleh OnLeaks, yang mengatakan imej tersebut merupakan model Pixel 6 Pro yang mempunyai susunankan kamera mendatar bersama skema dua warna. Imej tersebut juga menunjukkan yang Pixel 6 Pro bakal hadir dengan tetapan tri-kamera.

Gambar :OnLeaks x Digit.in

OnLeaks juga turut mengatakan tiada lagi model XL untuk tahun ini, dan Pixel 6 Pro akan menjadi peranti Google Pixel pertama yang akan menggunakan tetapan tri-kamera. Ia bermaksud untuk model Pixel 6 ia akan menggunakan tetapan dwi-kamera sahaja.

Gambar :OnLeaks x Digit.in

Untuk spesifikasi lain yang tertiris adalah ia akan hadir dengan skrin melengkung 6.67 inci dengan kamera swafoto jenis punch hole di tengah. Namun masih tidak diketahui jenis panel AMOLED dan kadar segar yang akan digunakan. Ciri seperti pembesar suara jenis stereo dan sokongan pengecasan tanpa wayar mungkin akan dikekalkan.

Buat masa ini kita masih belum cukup jelas mengenai cip yang akan digunakan pada siri Google Pixel 6 iaitu Whitechapel, cip yang dibangukan dengan kerjasama Samsung . Dan buat setakat ini sebarang tarikh mengenai siri Google Pixel 6 juga belum diumumkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN