Close

Lagi mengenai Google Pixel 6 – Cip Whitechapel hanya setanding Snapdragon 870, bukannya Snadragon 888

Seperti yang kita tahu, Google akan menggunakan cip Whitechapel  pada Google Pixel 6 dan 6 Pro yang merupakan cip khusus Google dibawah projek Google Silicon yang dibangunkan dengan kerjasama Samsung.

Melalui dari laporan terbaru yang diperolehi dari Twitter @heyitsyogesh , terdapat beberapa butiran penting mengenai cip Whitechapel akan ditambah. Yang mana cip Whitechapel akan dibina dengan teknologi 5nm Samsung dengan prestasi sebaris Snapdragon 870.

Google dikatakan lebih menfokuskan kepada aspek pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan pada cip Whitechapel yang akan meningkatkan prestasinya. Untuk grafik, Whitechapel akan menggunakan GPU Mali yang dilaporkan sebagai gabungan terbaik.

Menurut dari laporan Weinbach pula, Google Pixel 6 akan hadir dengan resolusi FullHD + bersama paparan 120Hz, sementara Pixel 6 Pro hadir dengan resolusi QHD + dengan paparan yang sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN