Close

Nubia bakal umumkan Red Magic 6R pada 27 Mei ini


Nubia
bakal melancarkan satu lagi peranti permainan baru iaitu Red Magic 6R yang akan diperkenalkan pada 27 Mei ini. Dan ini adalah kali pertama Nubia akan mengeluarkan model R.

Gambar: www.tenaa.com

Desas-desus mengenai Red Magic 6R sebenarnya sudah pun bermula sejak April lagi. Apabila peranti tersebut telah dikesan dan diperakui pada TENAA dengan kod NX666J. Model ini membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk.

Red Magic 6R dijangka hadir dengan skrin OLED 6.67 inci resolusi FHD+, dikuasakan dengan cip terunggul dari Qualcomm iaitu Snapdragon 888. Digabungkan dengan RAM sehingga 12 GB dan pilihan storan dalam sehingga 512GB.

Mengikut dari TENAA, Red Magic 6R akan membawakan kapasiti bateri 4,100mAh. Dan mengikut dari senarai 3C yang didedahkan ia akan menggunakan pengecasan pantas 55W. Sebagai perbandingan Red Magic 6 dan 6 Pro menggunakan pengecasan pantas 66W dan 120W yang telah dilancarkan pada Mac lalu.

Untuk fotografi, Red Magic 6R membawakan kamera swafoto 16MP dan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 64MP. Dimensi keseluruhan adalah 163.05 x 75.34 x 8.2mm dan beratnya adalah 186.4 gram sahaja.

Bagi harga jualan kami menjangkakan ia akan dijual dengan harga sekitar 3,299 Yuan (RM2,124), berikutan harga jualan bagi siri Red Magic 6 adalah bermula dari 3,799 Yuan (RM2,443).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN